Biro Sukan dan Kebudayaan, Persatuan Penduduk Pangsapuri Kajang Utama telah berjaya menganjurkan Hari Suaikenal dan Majlis BBQ Tahun 2010 pada butiran berikut:-
Tarikh : 1 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi - 11.30 Malam
Tempat : Dataran Pangsapuri Suria
Masa : 8.30 Pagi - 11.30 Malam
Tempat : Dataran Pangsapuri Suria
Objektif bagi program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli penduduk Pangsapuri Suria Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor.
Program bermula jam 8.30pagi dengan sesi pendaftaran. Selepas dijamu dengan sedidkit juadah kuih dan air,program diteruskan dengan program sukaneka bagi kanak² dan dewasa. Lebihkurang 125 orang penduduk turut serta dalam memeriahkan lagi suasana. Antara acara yang menjadi tumpuan ialah Polo air dewasa lelaki dan acara merebut kerusi wanita.
Program berhenti rehat jam 12.30pm dan bersambung pada 5.30pm untuk aktiviti BBQ. Menu BBQ seperti ayam,kambing sosage dan daging. Menu tambahan pula datang daripada penduduk antaranya mee-hoon goreng,kuih-muih dan lain-lain.Seterusnya,di Surau Nur-Suria juga mengadakan solat hajat,bacaan Yaasin dan doa selamat selepas solat Maghrib agar seluruh penduduk dilindungi daripada sebarang penganiyaan pihak yang tidak bertanggungjawab
Majlis BBQ dipengerusi oleh Saudara Mazlin dan Fazlin di malam hari yang bermula pada jam 8.30malam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Hesyam dan diserikan lagi dengan ucapan Pengerusi Penduduk iaitu abang Hamzah.Majlis diselangi dengan sesi penyampaian hadiah bagi pemenang acara sukaneka dan polo air.
Majlis bersurai dalam pukul 11.30malam.